Thursday, July 28, 2016

Resipi Tuna Sandwich Sedap Dan Mudah|Step by Step Penyediaan Oleh Masam Manis

Tadi cari resipi sandwich yang menjadi viral itu dalam satu group itu...sampai perang mulut sebab orang yang post gambar tidak bagi resipi sandwich...

Fikir positif laaa, orang yang minta resipi mungkin macam saya sandwich pun tak tau buat! Hahahaha Dan orang yang post gambar tak bagi resipi pula mungkin dia pergi ambil kelas kena bayar mahal-mahal dan dia buat untuk berniaga.

Kalau saya jadi dia pun, saya pun tidak kongsi resipi. Nak resipi pergi ambil kelas. hehehehehehe...

Ok...tak mau gaduh-gaduh...saya google saja...terus keluar pelbagai aneka resipi 'Sandwich'...Tapi hati paling berkenan dengan Tuna Sandwich Yang Sangat Sedap! dari kak azlitamasammanis.com. Gambar cantik, penerangan jelas dan siap ada step by step penyediaan lagi. Memang sesuai bagi orang macam saya yang sandwich pun tak tau buat dan kena refer resipi. hehehehehe


Tuna Sandwich Sedap Dan Mudah oleh Azlita Masam Manis.com

 (gambar kredit kepada azlitamasamanis.com)


Bahan-bahan yang diperlukan:

2 tin tuna ~ Solid tuna in oil vergin
~ Isi tuna di tapis dan buangkan minyakknya. Kemudian di lenyek kasar
2 biji telur rebus

Bahan di dadu kecil
1 biji bawang Holland ~ sederhana besar
1/2 biji capsicum merah
1/2 biji capsicum hijau
4 biji cili padi ~ jika suka pedas boleh lebihkan
~ jika tak suka pedas boleh gantikan dengan cili merah, buang bijinya dan cincang halus

Bahan Sos
3 sudu besar mayonis
3 sudu besar Coleslaw
1 sudu teh pewrahan lemon
1 sudu teh serbuk lada hitam
1/2 sudu teh garam

2 buku roti wholemeal
kepingan Chesdale
1 batang Japanese cucumber ~ di hiris nipis
Green coral dan red coral
Iceberg lettuce ~ di hiris
Purple Cabage
2 biji tomato ~ di hiris nipis
Sedikit margerine atau butter
* untuk sayuran tu terpulang nak guna sayur apa. Kalau nak guna daun salad pun boleh juga.


Step by Step Penyediaan Tuna Sandwich ditunjukkan oleh kak Azlita Masam Manis


Mula kita sediakan tuna dahulu
Telur yang telah di rebus di kupas kulitnya dan di lenyek halus
Kemudian masukkan tuna yang telah di tapis minyaknya dan di lenyek kasar
Gaulkan adunan ini rata
Kemudian masukkan ladi padi yang di cincang, masukkan bawang holand yang di dadu kecil, capsicun merah dan hijau yang telah di dadu, gaul rata
Masukkan pula coleslaw, mayonis, serbuk lada hitam, garam dan perhan lemon
Gaul rata
Bahan ni bila dah siap anda bpoleh masukkan dalam bekas dan simpan dalam peti ais. Tahan lah 2 , 3 hari.




Cara menyediakan tuna sandwich (Step by Step)

Ambil sekeping roti wholemeal
Sapukan dengan sedikit butter atau margerine
Kemudian letakkan 1 keping chesdale
Letakkan sayur-sayuran pilihan ( ita letak red coral dan green coral )
Kemudian letakkan hirisan timun ( ita guna japanese cucumber )
Dan letakkan hirisan tomato
Kemudian letakkan tuna yang telah kita sediakan tadi, tetak rata-rata
Ita tambahkan hirisan iceberge lettuce
Letakkan i keping lagi roti yang kita telah sapukan butter atau margerin dan kapitkan kedua-duanya
Tekan sedikit atasnya supaya ia padat
Buangkan tepi roti yang keras
Kemudian potong sandwich kepada 2 keping atau 4 keping ikut kesesuaian.
Bolehlah nak potong 4 segi atau 3 segi ikut keselesaan masing-masing.
Tuna sandwich sudah sedia untuk di nikmati.

No comments:

Post a Comment