Friday, August 26, 2016

Dutch Lady UHT dan Kit Kat Hanya RM1 di 7- Eleven

Saya pun semalam baru tahu promosi  Dutch Lady UHT RM1 dan Kit Kat RM1 dijual di 7-Eleven. 5 hari saja promosi ini iaitu bermula dari 24 Ogos - 28 Ogos.

Pagi ini gigih singgah untuk cuba nasib di 7-Eleven.



 Dutch Lady UHT RM1


Kit Kat  pun RM1


 Saya tak beli banyak pun, 10 kotak saja...wahahahahaha
kalau kat kedai runcit baru rumah, air kotak susu Dutch Lady ini satu RM1.60


Kit Kat pun saya tak ambil banyak...beli 3 saja...
percaya tak 3 saja? Wakakakaka

Monday, August 22, 2016

Tanda-tanda Rumahtangga Terkena Sihir Dan Cara Penyelesaian

Ini entry copy paste dari Ohmuslim.com.


Antara tanda-tanda hubungan suami isteri jadi kacau akibat gangguan jin ataupun sihir:

   
1.  Suami atau isteri atau kedua-duanya sekali tidak berasa hendak melakukan hubungan seks. Jika berlaku hubungan pun, sangat kurang nikmatnya.
   
2.  Suami (atau ada juga isteri) berasa sangat rimas berada di rumah tetapi berasa tenang apabila berada di luar rumah.
   
3.  Isteri (atau ada juga suami) berasa sangat tidak selesa apabila pasangannya pulang ke rumah.
   
4.  Suami atau isteri terlihat pasangannya kelihatan hodoh.
   
5.  Mudah bertengkar walaupun dalam hal-hal yang kecil.
   
6.  Suami berasa mudah untuk memberi cerai, ataupun isteri mudah untuk meminta cerai apabila berlaku perbalahan.
   
7.  Suami atau isteri sering diganggu mimpi-mimpi buruk.
   
8.  Suami atau isteri beberapa kali melihat lintasan atau bayangan sesuatu di dalam dan di sekitar rumah.
   
9.  Suami atau isteri sering mengalami kesakitan yang tidak jelas puncanya seperti sakit kepala, sakit di perut, sakit kaki tangan dan sebagainya.




Sekiranya ada tanda-tanda di atas, ADA KEMUNGKINAN suami isteri itu terkena gangguan jin ataupun sihir.

Antara ikhtiar yang boleh dibuat untuk menyelesaikan masalah ini, suami isteri ataupun kedua-duanya ataupun pihak lain hendaklah mendapatkan rawatan dan saranan perawat.

1. Pastikan tidak ada gambar-gambar dan lukisan makluk bernyawa yang dipamerkan (di dinding, almari, meja dan lain-lain). Begitu juga dengan patung-patung kecuali patung mainan anak-anak. Gambar dan patung yang dipamer merupakan tarikan yang kuat kepada jin-jin, dan menjauhkan para malaikat daripada berkunjung ke rumah kita.

2. Tambah ibadah seharian. Biasakan buat amalan-amalan sunat. Bacalah Al-Quran setiap hari dengan menatapnya, walaupun sekadar satu ayat.

Banyakkan memohon ampun atas dosa-dosa silam dan terkini, dan berusaha buat perubahan dengan meninggalkan terus perlakuan-perlakuan berdosa itu. Apabila dosa-dosa kita terampun dan terhapus, doa dan harapan kita mudah untuk dikabulkan Tuhan.

3. Elakkan daripada berkumandangnya lagu-lagu dan bahan tontonan yang tidak mendekatkan kita dengan agama. Perkara-perkara ini mengundang kehadiran jin-jin.

4. Wujudkan majlis taklim harian di rumah. Suami atau isteri kumpulkan ahli keluarga lalu dibacakan bahan agama selama lebih kurang 5 ke 10 minit sehari.

Contohnya beli apa-apa buku yang mudah (seperti buku hadis), seorang bacakan (sepotong hadis contohnya) secara lantang manakala yang lain-lain mendengarnya.

Walaupun majlis ini kecil dan singkat, tetapi ia sangat kuat menarik kunjungan para malaikat, dan mengecewakan syaitan-syaitan.



(TEXT: http://ohmuslim.com/9-petanda-rumahtangga-terkena-sihir/2016/01/2145/)

Monday, August 15, 2016

Dinner Dengan Family In Law Di Utara Coffee House, Hotel Armada

13 August 2016

Sepatutnya makan time buka puasa, tapi macam rugi pula kalau makan time puasa sebab tak boleh makan banyak plus nak bergegas untuk tarawih. Lepas raya pula asyik ada open house, jadi makan lepas puasa lepas raya.















Saya rasa meja kami yang paling bising, dah tak macam makan kat hotel. seperti makan kat kedai mamak saja. Nasib baik meja sebelum ada sambut harijadi, so memang "happening" Utara Coffee House malam itu.




Sunday, August 14, 2016

Cara Cuci Mesin Basuh

Tahukah u all mesin basuh di rumah kita itu kena dicuci? Sudah tentu, saya tidak tahu. Hehehehe...


 (Photo: Google)

Bahan-bahan yang diperlukan:
2 gelas cuka
50 gram baking soda
50 ml air
Span


Cara-cara membersihkan mesin basuh :
1. Campur baking soda dan air dalam bekas kecil.
2. Tuang cuka di dalam bekas asing.
3. Tuangkan larutan baking soda di bahagian sabun.
4. Kemudian boleh masukkan cuka.
5. Tutup penutup mesin dan hidupkan sebentar seperti ingin membasuh pakaian.
6. Baking soda dan cuka akan membantu menghilangkan semua kotoran yang tertinggal dalam mesin.
7. Gunakan span untuk cuci permukaan dalam mesin basuh.



[Sumber: Cari Forum]

Saturday, August 13, 2016

Kenapa Wajib 'Eject' Dahulu Pendrive Sebelum Mencabutnya Daripada Komputer?

Nampak perkongsian ini di Cari Forum. Saya memang akan Eject dulu Pendrive sebelum cabut dari komputer atau laptop, orang buat saya pun ikut, tapi saya tak tahu kenapa kena buat begitu. Then kadang-kadang kalau nak cepat memang main cabut saja tanpa Eject terlebih dulu. 



(Photo: Google)

Siapa yang jenis main cabut pendrive atau USB yang digunakan semasa menyambungnya di komputer riba?

Kalau dah nak cepat, tak ramai pun nak klik butang 'eject' atau 'Safely Remove Hardware'. Betul tak?

Untuk pengetahuan anda, perbuatan 'malas' dan tak kisah ini akan menyebabkan pendrive dan USB malah komputer anda cepat rosak. Ha, agak-agak kenapa?




Terlebih dahulu, kita lihat dulu 3 cara drive (pengkongsian data melalui sambungan USB) :


(Photo: Google)

 1) USB Mass Storage
Kaedah biasa bagi pengkongsian data. Contoh : pendrive, flashdisk, memory card. Pada Windows, kita akan melihatnya sebagai drive baru pada File Explorer atau My Computer, sedangkan pada Mac dan Linux akan muncul di Desktop. Berfungsi sebagai medium pertukaran data/fail. Kaedah ini memerlukan fungsi eject.

2) Picture Transfer Protocol (PTP)
Daripada namanya, kaedah ini digunakan oleh kamera digital untuk transfer atau memindahkan gambar ke komputer. Kaedah seperti ini tidak memerlukan eject.

3) Media Transfer Protocol (MTP)
Kaedah ini tersedia secara built-in bagi pengguna Windows, tetapi memerlukan software tambahan bagi Mac dan Linux. Kaedah MTP adalah daripada PTP yang dinaiktaraf. Dengan MTP, kita boleh mengirim file berupa media secara automatik, tapi sistem akan melihat sebagai drive portable yang tidak perlu di-eject.




Kenapa perlu melakukan 'Eject' pada Flashdisk daripada komputer?




 (Photo: Google)

Flashdisk boleh melakukan proses read/write data ke komputer sebaik sahaja disambungkan. Jika sistem sedang melakukan write di Flashdisk dan tiba-tiba kita cabut dari USB, maka data yang ditulis akan corrupt atau rosak.

Sebaik sahaja kita klik 'eject', sistem operasi (OS) akan melakukan kerja pembersihan cache, proses di mana semua tindakan yang belum selesai ke atas Flashdisk akan ditamatkan serta merta.




(Photo: Google)


Akibat Mencabut Flashdisk Tanpa 'Eject'

1. Flashdisk akan error.

2. Data dalam flashdisk akan hilang atau corrupt.

3. Komputer jadi 'hang'.

4. Merosakkan komponen komputer dan flashdisk.





[Sumber: Cari Forum]

Wednesday, August 10, 2016

Menu Diet Atkins Bergambar Untuk Seminggu


(Photo: http://www.segalamacamcara.com/menu-diet-atkins-untuk-seminggu/)


Wow! Baguslah menu diet Atkins yang bergambar ini.
Tapi tak ada kekuatan nak mula walaupun berat naik 1kg lagi.
Total keseluruhan sekarang ialah 61kg...
Bila fikir tak boleh makan nasi,
tak boleh makan gula,
rasa macam nak makan orang!
huhuhu

Tuesday, August 9, 2016

Pentingnya Letak Nombor Telefon Ahli Keluarga Di Lock Screen Telefon Pintar Kalau Berlaku Kecemasan



(Photo: Google)

Biasanya kita lock screen handphone kita sebab takut main anak handphone, nanti terCall, terWhatsapp,  terFacebook, terInstagram, terYoutube, terDelete, dan macam-macam lagi ter, ter ter yang mungkin berlaku. Contohnya Hana, dia sudah tahu buka Youtube kat handphone saya walaupun icon Youtube itu saya simpan dalam folder. Jadi untuk elak berlakunya insiden ter ter ter di atas, lebih baik kita lock screen handphone kita.


Lock Screen ni bukan direka untuk lock screen daripada anak-anak. Kadang-kadang kita lock screen handphone sebab tak mahu orang tengok isi kandungan handphone kita. Handphone saya ada  gambar Song Joong ki tengah buka baju (google sendiri, kalau tak jumpa baru PM saya minta...hahahaha)


(Photo: Google)

Tapi pernah u all terfikir, kalau apa-apa berlaku pada kita semasa kita seorang diri dan handphone kita lock screen [minta dijauhkan], bagaimana orang mahu menghubungi waris, ahli keluarga atau orang yang mengenali kita? [kalau handphone hancur tu lain cerita]  Minta dijauhkan. 


Jadi sangat penting meletak nombor telefon waris, ahli keluarga atau orang yang boleh dihubungi di Lock Screen handphone kita kalau berlaku kecemasan. Kecemasan yang dimaksudkan tidak semestinya kemalangan tapi mungkin juga handphone kita tercicir dan ada orang baik hati ingin pulangkan.


Cara-cara untuk memasukan nombor telefon waris, ahli keluarga atau orang yang dapat dihubungi:

(Photo: Google)

 IPHONE (APPLE)
To set, launch “Health” app & create Medical ID.
To access the info once Medical ID created:
1. Slide
2. Emegency
3. Medical id… Your emergency contact details will appear.


 SAMSUNG
1. Setting
2. Device
3. Lock screen
4.Owner infomation… Masukkan no telefon emergency



LENOVO
1. Setting
2. Security
3. Owner info.. Masukkan no telefon emergency


 ASUS
1. Setting
2. Lock Scren
3. Owner Info… Masukkan no telefon emergency


 XIAOMI
1. Setting
2. Lock Screen
3. Owner Info… Masukkan no telefon emergency
Once the screen lock.. No phone emergency tu will appear there.

(Sumber: http://mynewsvibes.blogspot.my/2015/08/panduan-untuk-letakkan-nombor-telefon.html)


Selain nombor untuk dihubungi, kita juga boleh masukkan maklumat kesihatan kita contohnya jenis darah apa, alergi kepada ubat apa, ataupun ada penyakit apa.

(Photo: Google)


Nota kaki: Saya tak ada lock screen handphone saya. Pernah juga buat lock, tapi rasa leceh sangat...

Saturday, August 6, 2016

Tips Untuk Membeli Durian Yang Elok Isinya



 (Photo: Google)

Sekarang musim durian kan...tapi selalunya kalau beli durian, kita orang akan suruh penjual durian yang tolong pilihkan sebab kita orang tau makan saja, pilih durian tak tau...

Kadang-kadang bahagian kecil durian yang dibuka oleh penjual itu saja elok, sampai rumah, buka durian, bahagian lain tak elok. Macam nak lari menangis di bucu katil...Tapi bukan selalu lari menangis di bucu katil, memang elok saja isi durian...

Hari ini, saya nak kongsi tips untuk membeli durian yang elok. Kita pilih sendiri, tak payah bergantung kepada penjual durian.




Panduan Untuk Memilih Durian Yang Elok Isinya

 (Photo: Google)


1. Lihat Tangkainya
Durian yang jatuh dari pokok tangkainya bergerigi. jika kelihatan rata atau seperti dipotong, ada kemungkinan durian itu dipetik sebelum masak dan disimpan terlebih dahulu. Selain itu, cungkil sedikit kulit tangkainya dengan kuku, kalau kulitnya tebal, maka ISI buahnya pun tebal juga. Kalau bahagian dalam kulitnya kuning, maka warna daging buahnya pun kuning juga. Ada juga kes yang durian dicelup dalam pewarna kuning, tangkainya juga akan berwarna kuning, hati-hati tau.


2. Perhatikan Durinya
Jika kulit kelihatan berduri jarang dan besar-besar boleh dipastikan durian itu berisi padat, tetapi jika durian berkulit kecil dan durinya berjarak dekat, isi durian pasti lembik.


3. Pilihlah Yang Ringan
Durian yang berat biasanya masih mentah, isinya terlalu berair atau bahkan busuk.


4. Kulit
Elakkan dari memilih buah yang kulitnya sudah retak atau pecah pada hujungnya. Retak atau pecah pada bahagian kulit durian akan membuat isi di dalamnya bercampur dengan udara bebas yang mengakibatkan rasa buah menjadi masam atau tawar.

5. Jangan Lupa Dipukul - pukul

Jika terdengar suara "bluk-bluk" bergema, itu tandanya durian sudah matang.tapi bila terdengar bunyi "plek-plek" itu tandanya durian belum matang.


6. Goncangkan
Untuk memilih isi durian yang berkualiti dengan cara menggoncangkan buah dan rasakan getaran kecil di dalam buah. Letakkan kedua telapak tangan pada buah durian, diikuti dengan jari-jari tangan dan dipegang agak erat. Dan goncang secara perlahan-lahan. Jika dapat merasakan getaran kecil ini bermakna isi buah kering dan matang kerana isi yang kering akan terpisah dari dinding kulit dalam manakala isi yang lembab atau terlalu lunak akan melekat di dinding kulit durian tersebut.Takla isinya lembik atau macam dah lama.


7. Pilihlah Yang Ada 5 Pangsa
Buah durian mempunyai pangsa (bilik-bilik) yang diisi biji dan isi buah. Pangsa durian boleh dilihat dari permukaan kulitnya, berupa garis dari bahagian atas sampai bahagian bawah. Durian yang ideal mempunyai lima pangsa kerana isi buah biasanya lebih banyak berbanding durian yang mempunyai 6 pangsa atau lebih.


8. Ambil Yang Bulat
Bentuk bulat menandakan isi buahnya besar dan banyak. Durian bujur atau tidak bulat biasanya hanya memliki isi buah sedikit. Akan tetapi, buah yang lonjong selalunya lebih manis dan sedap berbanding buah yang bulat.


9. Cium Baunya
Saat memilih durian, dekatkan hidung dan cium baunya, jika ia berbau kuat, kemungkinan besar buahnya manis dan matang. Tapi jika sudah tidak bau lagi, kemungkinan buahnya sudah masuk angin yang membuat rasanya jadi hambar.


Text: Cari Forum

Sudah hafal tips memilih durian? Jom serbu gerai durian!!!



Pokemon Go Boleh Main Di Malaysia

Bagi mereka yang telah lama menunggu Pokemon Go available di Malaysia, akhirnya pagi tadi boleh install Pokemon Goo App. Pokemon Go sudah boleh ditangkap di Malaysia!!!



Tapi,
tapi,
tapi,
Menurut  Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri karakter Pokemon dan aplikasi permainan Pokemon Go tidak dibenarkan untuk umat Islam atas faktor 'maslahah' dan kemudaratan.

Artikel Umat IslamTidak Dibenarkan Bermain Pokemon Go 


Friday, August 5, 2016

Pengalaman Saya Mengambil Peperiksaan Radio Amatur (RAE)

[Tarik nafas panjang-panjang sebelum membaca perenggan ini]
Saya dan sawsomi ambil Peperiksaan Radio Amatur atau Radio Amateur Examination di bawah Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) atau dalam bahasa Inggeris Malaysian Communications And Multimedia Commission (MCMC)  pada 10 June 2016 selepas menyertai seminar  Radio Amatur sempena SAMBUTAN HARI DAN MINGGU BELIA NEGARA 2016 di Ulu Slim, Slim River, Perak yang dirasmikan oleh YB Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan Malaysia pada 7 Mei 2016 bersama-sama dengan Innovarian Innova Comunity Malaysia.


Apa Itu Radio Amatur?
Radio amatur merupakan salah satu daripada jenis komunikasi yang menggunakan peralatan radio dan elektronik. Penggunaan radio amatur di dalam bidang komunikasi amatlah luas kerana dapat digunakan bagi menghubungkan seorang yang berada samada di dalam kawasan atau ke seluruh dunia dengan menggunakan set radio amatur yang tertentu pada frekuensi yang tertentu.

Radio amatur, juga dikenali sebagai Ham Radio.
(Photo: http://www.tgdaily.com/web/165236-what-can-you-do-with-ham-radio)


Peringatan!!
Kalau nak guna Radio Amatur ini, u all kena ada LESEN RADIO AMATUR tau. Bukan main hantam saja guna saja. Ia salah di sisi undang-undang tau!!


Untuk mendapat Lesen Radio Amatur, u all kena ambil Peperiksaan Radio Amatur dengan Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) atau dalam bahasa Inggeris Malaysian Communications And Multimedia Commission (MCMC). Bila dah lulus exam tersebut barulah boleh memohon LESEN RADIO AMATUR.

Senang saja kan?



Dewan peperiksaan
Dewan Raja Muda Musa






Peperiksaan 3 jam, tapi saya 1 jam sudah keluar...sebab tak tau buat...
then intai sawsomi dari luar...
hehehe



9 orang ambil peperiksaan, 7 orang lulus, 2 orang tak lulus...
 (Yang baju merah itu guru kita orang, ada seorang lagi peserta kat dalam...)


Saya salah seorang daripada 2 orang yang tak lulus itu.
sawsomi lulus walaupun dia cakap soalan peperiksaan sangat sukar.

Inilah pengalaman saya mengambil Peperiksaan Radio Amatur.
Sekian, terima kasih

[Kuiz] Kenali Personaliti Melalui Cara Pegang Stereng


(Photos: google)


Saya tak faham,
serius saya tak faham...
bila saya memandu, personaliti saya akan bertukar.
Saya seolah-olah menjadi orang lain.
Saya cepat panas baran (sawsomi: tak ada beza pun. Tak memandu pun panas baran)
Errr...
maksud saya...
bila saya tak memandu, kurang sikit panas baran. Bila saya memandu, saya menjadi lebih panas baran.
U all pula macam mana?


Mari main kuiz ini. 
Gaya pemanduan mendedahkan personaliti anda.


Senang saja.
Pilih mana satu cara u all pegang stereng.



 1. Kesempurnaan
Anda seorang yang mementingkan kesempurnaan. Anda telah diajar di sekolah memandu untuk pastikan tangan anda pada kedudukan “10 dan 2”, dan anda suka melakukan sesuatu dengan cara yang betul. Anda sebenarnya seorang yang sangat teliti dan sentiasa mengikut peraturan. Anda yakin melakukan sesuatu dengan betul adalah sesuatu yang sangat bernilai. Personaliti kesempurnaan anda mungkin telah memberikan banyak kejayaan pada diri anda. Di tempat kerja, gaya berfesyen, kasih sayang, dan persahabatan menjadi ikutan yang lain dan mereka juga bercita-cita untuk menjadi seperti anda!





2. Santai

Anda mempunyai personaliti yang santai. Anda tidak mengambil hidup terlalu serius, dan anda menghadapi situasi dengan pendekatan yang tenang dan bersahaja. Ia sering kelihatan bahawa anda tidak ambil kisah mengenai dunia. Walaupun pada masa yang sukar anda suka menonjolkan suasana keyakinan dan sikap acuh tak acuh. Setiap hari anda umpama hari cuti. Rakan-rakan dan keluarga akan mencari anda hanya untuk berseronok sepanjang hari!






3. Minimalis
Anda seorang minimalis. Anda suka kehidupan semudah yang mungkin. Anda tidak suka menyusahkan diri dan anda lebih suka rakan-rakan yang berterus-terang dan tulen. Anda hanya suka berkawan dengan beberapa orang yang rapat dan tidak suka menambah kawan. Apabila memilih pakaian, anda akan memilih warna hitam berbanding warna lain. Walaupun anda menjalani kehidupan  dengan cara yang mudah namun ia tidak bermakna anda seorang yang membosankan. Orang lain mengagumi cara minimalis dan pendekatan hidup anda!





4. Pengembara
Anda adalah seorang yang suka mengambil risiko. Anda suka hidup hidup terasing, tetapi percaya dalam membuat sebahagian besar setiap masa. Anda suka aktiviti mendebarkan seperti bungee jumping dan terjun udara. Tentang cinta, anda tidak takut untuk meletakkan diri anda di luar sana. Tidak dapat tidak, rakan-rakan anda akan mempunyai rasa agak jinak berbanding anda. Tetapi mentaliti “hidup sepenuhnya” membuatkan anda dikagumi orang yang anda sayangi!





5. Pemimpin
Anda adalah seorang pemimpin semula jadi. Anda mempunyai cukup pengetahuan untuk mengambil alih situasi dengan cara yang jelas dan tegas. Orang lain akan mendapatkan panduan dan nasihat daripada anda. Mereka mempercayai anda, sebahagian besarnya kerana anda begitu yakin dengan kebolehan anda. Di tempat kerja, anda sering menerima pujian untuk kemahiran kepimpinan anda. Dalam cinta, anda kena berusaha keras untuk mencari seseorang yang melengkapi “Jenis A” anda, tetapi jika anda lakukannya, ia pastinya menjadi penantian yang sangat berbaloi!






6. Penyokong
Anda disukai ramai orang. Anda adalah seorang tukang sorak untuk rakan-rakan dan keluarga anda. Anda amat gembira jika orang lain mendapat kebaikan, dan anda tidak takut untuk menjadi lantang dengan sokongan anda. Anda juga adalah seorang pendengar yang hebat, dan ini membuatkan anda menjadi sasaran utama rakan-rakan yang inginkan nasihat. Anda berpuas hati dengan hanya melihat dan membiarkan orang lain mendahului. Anda lebih suka menghabiskan masa anda menikmati kehidupan dengan pandangan yang mesra dan positif!





7. Pengaman
Anda diibaratkan sebagai “Switzerland” oleh kawan-kawan dan keluarga anda. Anda tidak suka terjebak untuk berhujah dan konflik yang membuat anda menjadi tidak selesa. Jika anda pernah meninggikan suara, orang yang anda sayangi pasti amat terkejut dan faham bahawa anda serius. Anda tidak mempunyai toleransi yang tinggi dalam pertelingkahan antara orang lain, jadi anda akan sering menjadi pengaman dan kemahiran menyelesaikan masalah anda mampu mengatasinya dengan pantas dan berjaya!





8. Badut@Pelawak
Anda berfikir dengan cara yang berbeza daripada rakan-rakan dan keluarga anda kerana sentiasa membuat lawak dalam setiap keadaan. Anda seorang yang kelakar dan anda lebih suka untuk menjalani kehidupan dengan cara yang pelik dan bodoh. Minda kreatif anda menjadikan anda berjiwa seni. Anda mampu berlawak secara spontan dan ia membuat anda disenangi. Orang lain tidak mahu mencabar anda dalam pertempuran kecerdasan kerana mereka pasti akan kalah!




9. Gementar
Anda sering merasa was-was dan bimbang. Anda suka menyemak kerja berulang kali untuk memastikan segalanya selamat. Anda akan menjauhkan diri daripada aktiviti berisiko tinggi dan lebih suka untuk melakukan perkara yang menyeronokkan. Rakan-rakan dan penjagaan keluarga sentiasa bersedia untuk membantu anda keluar dari belenggu tersebut sedikit demi sedikit. Walaupun anda mungkin tidak meletakkan diri anda di luar sana, hanya orang yang mengenali anda tahu kehebatan anda!




10. Jentolak
Jaga-jaga – “Si Jentolak” akan tiba! Anda adalah orang yang sangat sibuk, tiada masa untuk orang yang menghalang laluan anda. Daripada membuang masa pada penyelesaian masalah, anda lebih suka untuk meredah segala rintangan. Orang lain mengagumi kesungguhan anda, dan mereka boleh bergantung kepada anda untuk mendapatkan apa yang dihajatkan. Anda seorang yang berorientasikan matlamat dan tindakan, kedua-duanya akan membawa anda jauh dalam kehidupan!


Saya?
Sudah tentu yang 10. Jentolak itu!
Hahahahaha

(Sumber: careta.my)

Thursday, August 4, 2016

Logo, Tema Dan Slogan Merdeka Malaysia Dari Tahun 1970-2016

Bulan ini kita akan menyambut Hari Merdeka, tapi anda tahu logo, tema dan slogan merdeka Malaysia?
Tak tahu? Tak apa, sebab saya pun tak tahu...hahahaha...
Jadi entri ini untuk kita-kita yang tidak tahu Logo, Tema dan Slogan Merdeka Malaysia dari tahun 1970-2016.


Tahun 2016 
Sambutan Kemerdekaan ke-59
 Tema: Malaysia #SehatiSejiwa



Tahun 2015
Sambutan Kemerdekaan ke-58
Tema: Malaysia #SehatiSejiwa




Tahun 2014
Sambutan Kemerdekaan ke-57
Tema: Malaysia.... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta




Tahun 2013
Sambutan Kemerdekaan ke-56
Tema: Malaysiaku Berdaulat : Tanah Tumpahnya Darahku




Tahun 2012
Sambutan Kemerdekaan ke-55
Tema: 55 tahun merdeka-janji ditepati
Nota: Logo ditarik balik kemudian



Tahun 2011
Sambutan Kemerdekaan ke-54
Tema: 1 Malaysia: Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera



Tahun 2010
Sambutan Kemerdekaan ke-53
Tema: 1 Malaysia: Menjana Transformasi



Tahun 2009
Sambutan Kemerdekaan ke-52
Tema: 1 Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan



Tahun 2008
Sambutan Kemerdekaan ke-51
Tema : Perpaduan Teras Kejayaan




Tahun 2007
Sambutan Kemerdekaan ke-50
Tema: Malaysiaku Gemilang
(Saya paling suka logo ini)



Tahun 2000, 2001, 2002, 2003, 2004, 2005, 2006
Sambutan Kemerdekaan ke-43, ke-44, ke-45, ke-46, ke-47, ke-48, ke-49
 Tema: Keranamu Malaysia




Tahun 1999
Sambutan Kemerdekaan ke-42
Tema: Bersatu Ke Alaf Baru





Tahun 1998
Sambutan Kemerdekaan ke-41
Tema: Negara Kita, Tanggungjawab Kita




Tahun 1997
Sambutan Kemerdekaan ke-40
Tema: Akhlak Mulia Masyarakat Jaya




Tahun 1996
Sambutan Kemederkaan ke-39
Tema: Budaya Penentu Kecapaian




Tahun 1995
Sambutan Kemerdekaan ke-38
Tema: Jatidiri Pengerak Wawasan





Tahun 1994
Sambutan Kemerdekaan ke-37
Tema: Nilai Murni Jayakan Wawasan





Tahun 1993
Sambutan Kemerdekaan ke-36
Tema: Bersatu Menuju Wawasan






Tahun 1992
Sambutan Kemerdekaan ke-35
Tema: Wawasan Asas Kemajuan






Tahun 1991
Sambutan Kemerdekaan ke-34
 Tema: Wawasan 2020
(Time ni peralihan, tak sangka 4 tahun lagi 2020)





Tahun 1990
Sambutan Kemerdekaan ke-33
Tema: Berjaya





Tahun 1989
Sambutan Kemerdekaan ke-32
Tema: Bersatu






Tahun 1988
Sambutan Kemerdekaan ke-31
Tema: Bersatu




Tahun 1987
Sambutan Kemerdekaan ke-30
Tema: Setia Bersatu Berusaha Maju




Tahun 1986
Sambutan Kemerdekaan ke-29

Tema: Bangsa Tegas Negara Teguh



Tahun 1985
Sambutan Kemerdekaan ke-28
 Tema: Nasionalisme Teras Perpaduan





Tahun 1984
Sambutan kemerdekaan ke-27
Tema: Amanah Asas Kejayaan





Tahun 1983
Sambutan Kemerdekaan ke-26
Tema: Bersama Ke Arah Kemajuan





Tahun 1982
Sambutan Kemerdekaan ke-25
Tema: Berdisplin Giat Maju






Tahun 1981
Sambutan Kemerdekaan ke-24
Tema: Berdisplin Berharmoni





Tahun 1980
Sambutan Kemerdekaan ke-23
Tema: Berdisplin Berbakti




Tahun 1979
Sambutan Kemerdekaan ke-22
Tema: Bersatu Berdisplin





Tahun 1978
Sambutan Kemerdekaan ke-21
Tema: Kebudayaan Sendi Perpaduan






Tahun 1977
Sambutan Kemerdekaan ke-20
Tema: Bersatu Maju





Tahun 1976
Sambutan Kemerdekaan ke-19
Tema: Ketahanan Rakyat




Dari tahun 1970 sehingga tahun 1975 tiada rekod logo yang ditemui...mungkin belum cipta logo lagi kot.


Tahun: 1975
Sambutan Kemerdekaan ke-18 tahun.
Tema: Masyarakat Berdikari



Tahun: 1974
Sambutan Kemerdekaan ke-17 tahun.
Tema: Sains dan Teknologi Alat Perpaduan


Tahun: 1973
Sambutan Kemerdekaan ke-16 tahun.
Tema: Masyarakat Berkebudayaan Malaysia


Tahun: 1972
Sambutan Kemerdekaan ke-15 tahun.
Tema: Masyarakat Adil


Tahun: 1971
Sambutan Kemerdekaan ke-14 tahun.
Tema: Masyarakat Progresif


Tahun: 1970
Sambutan Kemerdekaan ke-13 tahun.
Tema: Muhibah dan Perpaduan


(Sumber :http://www.malaysiancoin.com/2012/08/koleksi-lengkap-logo-tema-merdeka.html)