Thursday, September 22, 2016

[Periuk NOXXA] Daging Masak Black Pepper Perencah Berlada Hitam Maggi NOXXA Versi sawsawlady

Tajuk yang so panjaaaaaaaang,
tapi masak 10 minit saja.



Daging Masak Black Pepper Perencah Berlada Hitam Maggi NOXXA Versi sawsawlady

Bahan-bahan:

Daging- 1 bekas taufufa
Perencah Berlada Hitam Maggi - 2 sudu  *Kena bancuh dengan air suam
Cili benggala
Bawang Holland
Daun bawang

Cara Memasak:
1. Gunakan mode STIR FRY, masukkan sedikit minyak. Tumis bawang putih sehingga kekuningan atau naik bau.
2. Masukkan daging. Kacau sehingga rata.
3. Masukkan air bancuhan perencah.
4. Setting mode HIGH PRESSURE, tekan 10 kali. Tutup penutup.
5. Bila masa masak HIGH PRESSURE sudah tamat, lepaskan wap. Setting mode STIR FRY, masukkan bawang holland, cili benggala dan daun bawang. Goreng sekejap.
6. Siap untuk dihidang.




sayang nak buka plastik itu...hehehehe


Mana pergi bawang holland dan daun bawang saya?
Sebenarnya begini...
saya sudah tersilap langkah...
sepatutnya bawang holland, cili benggala dan daun bawang tu masuk last.
tapi saya awal-awal sudah kasi masuk.
Jadi bila dah HIGH PRESSURE,
semuanya sudah layu selayunya
So,
tuan-tuan dan puan-puan,
abang, kakak dan adik...
bahan aksesori itu masuk last,
OKAY?!



Memang lembut...
selalunya saya guna dapur gas - 30 minit nak kasi daging lembut. 
Ini 10 minit saja, daging sudah lembut!!!

2 mangkuk nasi tambah
burppppp



1 comment:

  1. waah sedap tu oli.... akak tak dak periuk noxxa kekeke... best eh periuk nih...?

    ReplyDelete