Tuesday, September 20, 2016

[Periuk Noxxa] Mee Goreng Noxxa Senang Dimasak Sedap Dimakan


 Main kutu periuk Noxxa. Dan akhirnya bulan ini turn saya. Ingatkan nak simpan di bawah katil tunggu periuk Noxxa ini beranak anak periuk Noxxa, tapi janji terpaksa ditepati (Alkisahnya semasa mahu main kutu periuk Noxxa, saya telah menaburkan janji masak hari-hari supaya sawsomi meluluskan permainan kutu noxxa). Saya amat menyesal dengan diri sendiri. Bah kata pepatah  'Don't promise when you're happy, Don't reply when you're angry, and don't decide when you're sad.' Peringatan untuk diri sendiri!!

Sebenarnya masa raya haji, periuk noxxa saya ini telah pun dirasmikan dengan memasak Nasi Arab Ayam. Tapi masa itu atas tunjuk ajar abang ipar.

Pagi ini, saya explore sendiri periuk noxxa saya itu. Dan terhasillah Mee Goreng Noxxa.



Resipi Mee Goreng Noxxa versi sawsawlady

rujukan 1: Azie Kitchen
rujukan 2: periuknoxxa.blogspot.my
rujukan 3: Instagram Julia Othman


Bahan-bahan:

Mee kuning 1 paket (Cuci dan tos)
Bawang putih 3 ulas
Isi ayam (macam dalam gambar)
Sayur sawi


Bahan Sos (Gaul):
Sos tiram 1 sudu besar
Sos cili 3 sudu besar
Sos tomato 3 sudu besar
Kicap pekat secukupnya
Garam 1/4 sudu kecil KFC


Air secukupnya




Cara-cara memasak dalam Periuk Noxxa:

1. Guna mode STIR FRY, masukkan sedikit minyak. Tumis bawang putih sehingga naik bau atau kekuningan.
2. Then masukkan ayam. (Kalau ada udang atau sotong, time ini boleh masukkan). Kacau-kacau sampai ayam masak. Kemudian masukkan bahan sos dan sedikit air.
3. Masukkan mee kuning, kacau sehingga rata dengan sos.
4. Tutup periuk dengan penutup, tukar setting kepada mode HIGH PRESSURE. Set selama 3 minit.
5. Lepaskan wap. Barulah penutup boleh dibuka.
6. Sedia untuk dihidang.







Bekal untuk sawbebe, sawsomi dan saya


* Mee goreng saya ini ada sedikit hangus. Mungkin air terlalu sikit. 
So next time kena lebihkan air sikit.



1 comment:

  1. wah menarik. tapi suami saya suruh beli jenama lain..hahahaha..

    ReplyDelete