Monday, August 7, 2017

Homemade Chicken Luncheon Meat Halal (Step by Step)

Sebelum ini saya beli luncheon meat halal dalam tin di AEON. Tapi sekarang tak ada jual dah...tak sure AEON Taman Maluri yang tak ada jual atau semua AEON tak ada jual...sedih sangat tak dapat makan dah (menangis di tepi bucu katil)

Dua hari yang lepas teringin sangat nak buka puasa dengan luncheon meat.(Post ini ditulis masa bulan puasa hari itu, tapi simpan dalam draft) Jadi gigih cari balik resepi luncheon meat yang pernah saya salin dari  FB Baking Wonderland (Xiao Ling A).


Resepi Homemade Chicken Luncheon Meat Halal
(Untuk rujukan di masa depan)

Bahan-bahan:
Ayam kisar - 500gram
Tepung ubi kayu  - 3 sudu makan
Kicap masin - 1 sudu makan
garam - 1/2 sudu teh
Serbuk chicken stock - 2 sudu teh
Bawang putih cincang halus - 2 sudu makan
Putih telur - 1 biji
Air - 2 sudu makan
Five-spice powder - 1/2 sudu teh (optional)
minyak masak - 1 sudu makan
gula - 1 sudu makan
serbuk lada putih - sikit

Cara membuatnya:
1. Masukkan semua bahan ke dalam ayam kisar dan gaulkan sehingga sebati dalam satu arah.
2. Sapu bekas dengan minyak sebelum masukkan ayam yang telah digaul sebati.
3. Tekan ayam kisar dengan belakang sudu bagi padat.
4. Tutup bekas dengan aluminium foil dan masukkan ke dalam peti ais supaya ia menjadi lebih keras.
5. Kukus selama 20 minit.
6. Tunggu sehingga sejuk baru potong.
7. Salutkan dengan kuning telur balance tadi dan goreng sehingga kekuning-kuningan.
8. Siap.


Saya guna brand ini.

Pastikan daging ayam kisar ini betul-betul hancur.

Masukkan tepung ubi kayu

Masukkan kicap masin

Masukkan garam

Masukkan serbuk chicken stock

Masukkan bawang putih.
Yang ini pun kena halus. 
Blend pun ok.

Masukkan putih telur


Air 2 sudu


5 spice powder
nak letak boleh, tak mau letak pun boleh.
Kalau letak lebih wangi.
Tapi ada orang tak boleh terima bau dia.


Minyak masak


Gula

Last sekali, serbuk lada putih


Saya kukus dengan mangkuk tingkat


Tepat bagi padat tau. 
Kalau tak padat, time nak potong luncheon meat ini akan hancur.
lepas tu, masukkan ke dalam peti ais bagi ia jadi keras.

Kukus 20 minit.

Selepas dikukus.

Tunggu sejuk dulu baru potong


Pertama kali saya buat, saya tekan padat. So bila potong memang cantik.
Kali kedua saya buat, saya tekan tak padat, bila potong hancur berderai luncheon meat saya...


Telur kuning tadi jangan buang, boleh celup luncheon meat dan goreng

Luncheon meat halal sawsawlady


Thursday, August 3, 2017

Tonton Three Lives Three Worlds, Ten Miles of Peach Blossoms [China]


Baru-baru ini,
saya maraton drama China
Three Lives Three Worlds, Ten Miles of Peach Blossoms




Drama China yang ada racun,
terkena racun kalau tak tonton...
Semuanya salah adik saya,
dia yang suruh saya tonton...
sekarang saya sudah terkena racun Ye Hua 💘
(Thank you Hui San I 😘 you)

Saya beli pendrive dengan Hyunasong (Carousell),
pendrive brand Sandisk 32GB,
RM52 termasuk postage.
Video HD yang sangat clear,
boleh cucuk kat TV.



Sinopsis Three Lives Three Worlds, Ten Miles of Peach Blossoms:

Secara ringkasnya,
heroin telah menyamar sebagai lelaki dengan nama SI YIN untuk berguru dengan MO YUAN di Kun Lun. Tapi selepas Mo Yuan mati, Si Yin telah bawa lari mayat gurunya balik ke Qing Qiu. So time ini, dia menggunakan identiti sebenarnya BAI QIAN, anak bongsu Raja Musang. Tidak ada orang yang kenal yang dia sebenarnya Si Yin. Masa dia berlawan dengan orang jahat QING CANG, si Qing Cang itu telah pukul Bai Qian ke dunia manusia menjadi orang biasa yang bernama Su Su pula.

Su Su telah berjumpa dengan YE HUA, tengku mahkota Nine Heavens yang cedera berlawan dengan orang jahat dan bertukar menjadi anak naga hitam. Su Su telah merawat anak naga itu. Untuk membalas budi Su Su, Ye Hua telah menjadi Zhao Ge dan berkahwin dengan Su Su. Ye Hua rancang berpura-pura mati supaya dapat hidup bersama-sama dengan Su Su di dunia. Tapi malangnya, rancangan dia gagal dan Su Su telah dibawa ke Nine Heavens. Su Su telah mengandungkan anak Ye Hua tapi dia tidak diterima untuk menjadi bini Ye Hua. Di langit ini, terdapat SU JIN yang cintakan Ye Hua dan sanggup lakukan apa-apa saja untuk dapat cinta Ye Hua. Macam-macam dia buat sampai mata sendiri pun dibutakan. Ye Hua terpaksa mengambil mata Su Su dan berikan kepada Su Jin. Selepas melahirkan anak, Su Su yang sudah kecewa dengan Ye Hua telah terjun dari Pentas Zhu Xian dan kembali ke Qing Qiu.

Time ini, ibubapa Bai Qian dan datuk Ye Hua telah membuat ikatan perkahwinan ke atas Bai Qian dan Ye Hua. Then, Ye Hua berjumpa semula dengan Bai Qian yang telah hilang ingatan apa yang berlaku di dunia. Ye Hua telah mengurat dia dan akhirnya dia ingat semula...

Saya tak mau spoiler ending...U all tengoklah sendiri...

Wednesday, July 26, 2017

Rendang Daging NOXXA

Dah habis Syawal baru masak rendang...Sebelum ini saya masak rendang tak ada santan, kali ini cuba rendang yang ada santan... TQ resipi kak Azie Kitchen yang memang sedap gila





Resepi Rendang Daging NOXXA

Bahan bahan
1 kg daging
3 cawan cili kisar - guna 6 sudu besar
1 kg santan pekat
4 sudu makan kerisik - guna 1 1/2 pek
2-4 helai daun kunyit-carik
Garam, asam jawa dan gula

Bahan A
8 biji bawang merah - tambah 1 biji bawang besar sedang
5 ulas bawang putih
2 inci halia

Bahan B
2 inci lengkuas muda
7 batang serai - hiris
2 sudu makan ketumbar (rata) - sangai wangi
1 sudu makan jintan manis - sangai
1 sudu makan jintan putih - sangai


Cara memasak menggunakan periuk Noxxa:
1. Tekan butang stir fry dan masukkan minyak.
2. Bila sudah panas masukkan bahan A. Kacau hingga ringan.
3. Masukkan cili kisar dan masak hingga pecah minyak.
4. Masukkan bahan B dan kacau hingga wangi.
5. Off kan butang stir fry. Masukkan daging, santan, kerisik dan daun kunyit. Untuk sekilo daging santan pekat lebih kurang 1/2 bahagian periuk dan jangan terlalu kurang cecair (santan) untuk mengelakkan bahagian bawah dasar periuk berkerak. Gaul rata.
6. Tutup periuk dan tekan butang high pressure selama 30-40 minit.[saya buat 30 minit saja sebab daging saya tak cukup 1kg]
7. Bila sudah cukup masa keluarkan angin dari periuk dan buka tutup periuk.
8. Tekan butang stir fry untuk mengeringkan rendang. Masukkan air asam jawa, garam dan gula. Suaikan rasa ikut selera. Kacau kacau selalu dan masak hingga kering.
9. Cara lain untuk mengeringkan rendang ialah aku alihkan rendang dari periuk PC ke dalam kuali dan keringkan dalam kuali besar. Lebih mudah untuk mengacau hingga kering. [saya ikut cara ini sebab nak guna NOXXA untuk masak ketupat palas instant]




Rendang daging NOXXA
 

Friday, July 7, 2017

Nasi Impit NOXXA



15 biji nasi impit mini
Air menutupi nasi impit
HP 25


Nasi impit dimakan dengan kuah lodeh

Wednesday, July 5, 2017

Tailor Oh Tailor


Amaran Entry membebel!!

Belakang contoh, depan baru!


Apa perasaan u all
kalau nampak baju baru serupa ini?

Bukan saja baju Hana yang lingkup,
dengan jubah sawbebe pun hancur.

Contoh jubah ada zip sorok kat belakang,
akak tailor tak buat zip.
Sudah pesan lipatan kat bahagian bawah dan lengan lipat banyak,
sebab budak-budak cepat tinggi so boleh buka lipatan.
Sekali tengok lipatan 1 cm saja.
Lipatan baju contoh lagi banyak dari baju baru!!

Ikutkan hati mau call tailor itu saja!

Tapi disebabkan hati sedang panas,
kalau call memang keluar perkataan yang tidak enak di bulan Ramadhan.

Lepas itu,
saya mesej kat dia gambar di atas.

Then,
dia ada call saya 2 kali
tapi saya tidak percaya kat diri sendiri boleh cakap elok-elok dengan dia,

So,
saya hanya membebel dengan sawsomi saja.

Cadangan sawsomi,
sedekahkan baju itu kepada mana-mana budak yang boleh pakai.

Closed case!!

Tapi,
hati saya masih tidak puas hati.
Ye laaa
upah sudah bayar
tapi jahit macam tak guna otak!

Balik Sepang hari itu,
bawa baju Hana dan jubah sawbebe!
Pesan kat Angelina Sarah bagi kat kakak tailor itu
pandai-pandailah dia nak alter baju Hana dan jubah sawbebe!

Semalam kakak tailor itu call,
suruh dia tambah 1 lapisan dari dalam di bahagian bawah
dia cakap dia tak faham,
then saya pun send gambar yang saya snap gambar jubah budak yang saya nampak masa raya.
dia masih tak faham.



Kesimpulannya...
akak,
Jubah ini cutting A,
akak tak ikut baju contoh buat zip sorok kat belakang,
macam mana anak saya nak sarung baju ni.
Sekarang jubah ini pun senteng,
nak panjangkan pun tak boleh sebab akak tak lipat banyak.
[Nak buat zip ke?]
😓😓😓
(Apa maksud awak akak?)
Kalau akak tak tau buat zip sorok, akak kena buat zip biasa.
[Akak call lagi kalau akak tak faham]
Macam nilah akak,
kalau akak tak boleh nak buat,
akak bagi saja baju ni kat mana-mana budak yang boleh pakai baju ini.
[nanti akak gantikan kain]
Ok.Bye akak.

Raya ni...
Minta maaf pun tak ada.

Mungkin masalah saya kot,
tak tau nak cakap,
sampai orang tak faham apa yang saya cakap.
Snap gambar pun tak pandai snap,
sampai dah bagi gambar pun orang tak faham!

Sekarang saya pula yang nampak cerewet!!
Syabas!
Tahniah!
Anda memang hebat!!

Resepi Pajeri Nenas NOXXA versi sawsawlady

Tiba-tiba teringin makan pajeri nenas,
cepat-cepat google resepi.

Terjumpa 2 resepi,
satu resepi dari Azie Kitchen
dan
satu resepi lagi dari iresipi Che' Nom



Resepi Pajeri Nenas Noxxa versi sawsawlady
Resepi Asal : Che' Nom
Edit: sawsawlady

Bahan-Bahan:
1 biji nenas, saiz kecil (perap dg sedikit gula) - petua ini dari kak Azie Kitchen
1 bungkus kecil sebuk kari ikan/daging
4 biji bawang merah, ditumbuk kasar
3 ulas bawang putih, ditumbuk kasar
1 sudu besar udang kering ATAU ikan bilis, ditumbuk kasar (saya guna udang kering)
2 sudu besar kerisik
2 cawan santan pekat
1 inci halia, hiris nipis
1 senduk minyak
Gula dan garam secukup rasa

Bahan untuk rempah tumis:
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1 sudu teh halba campur

Cara Penyediaan:
1. Kupas kulit nenas dan potong anggran tebal 1.5cm setiap hirisan.
2. Masak air sehingga mendidih dan rebus nenas seketika (4-5 minit) supaya masam dari nenas dapat dikurangkan. Angkat dan toskan. (saya terlupa step ini...hahaha)
3. Set mode STIR FRY, panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, halia dan rempah tumis. Kacau sehingga kekuningan dan naik bau. Masukkan serbuk kari yang dibancuh dengan air dan masak sehingga pecah minyak.
4. Masukkan udang kering dan kacau seketika. Masukkan sedikit air jika rempah terlalu kering untuk elakkan dari cepat hangus.
5. Masukkan nenas, masak sehingga nenas lembut.
6. Masukkan pati santan, kerisik, garam dan gula secukup rasa.
7. Masak sehingga kuah menjadi pekat.


Tips
Lebihkan gula kerana pajeri lebih sedap jika manis.


 Saya perap nenas dengan gula...
Mungkin nenas yang saya beli tak manis jadi pajeri nenas saya tak berapa manis.
atau 
mungkin saya perap terlalu sekejap?
Saya pun tidak tahu
hahahaha

P.S. 1:  next time saya akan try rebus nenas sekejap!
P.S.2: next time saya akan beli nenas madu!

 Masukkan serbuk kari ayam yang dibancuh dengan air selepas bawang merah, bawang putih, halia dan rempah tumis kekuningan dan naik bau.

 Masukkan udang kering yang ditumbuk kasar

 Masukkan nenas dan masak sehingga nenas lembut

 Masukkan santan

Pajeri Nenas NOXXA versi sawsawlady

Pajeri nenas untuk buka puasa

Tuesday, July 4, 2017

Cara Mengetahui Berapa Ulas Isi Manggis

Orang lain mungkin sudah tau,
tapi saya baru tau!


Caranya sangat senang saja
kalau nak tahu bilangan ulas isi manggis,
tengok tampuk di bahagian bawah yang berbentuk bunga.

5 kelopak ada 5 ulas isi
6 kelopak ada 6 ulas isi
7 kelopak ada 7 ulas isi

Semalam saya telah buat eksperimen dan buah ini memang sangat jujur!

Saturday, June 24, 2017

2017 Ramadhan (Minggu Keempat)

17/6/17 buka puasa dengan family susuan Ilyas



 Mama & anak-anak...
Sayangnya bubu & family ada hal tak dapat datang.


 Buka puasa 18/6/17
Lepas solat, keluar makan McD


19/6/17dapat makan di Hotel Hilton
Rezeki di bulan puasa





 Sahur 20/6/17


Buka puasa 21/6/17


 Buka puasa 22/6/17


Buka puasa 23/6/17
 


Sahur 24/6/17 di McD Teluk Intan