Monday, February 27, 2017

The Legend of Blue Sea 藍色海洋的傳說



Saya kejar sampai episod 8, then tiba-tiba tak ada keinginan nak kejar lagi, Lee Min-ho begitu kacak, Jun Ji-hyun tetap begitu cantik dan kelakar tapi saya berhenti di episod 8. Bagi saya,  Lee Min-ho "tenggelam"di sebelah Jun Ji-hyun. Tak macam My Love From Star, hero Do Min-joo begitu terserlah. Then saya menonton Love in the Moonlight dan Goblin. Kemudian barulah saya sambung balik The Legend of Blue Sea.
Bila sampai episod 15, saya sudah tak boleh tahan 1 hari 1 episod...Episod yang belakang ini seperti naik Roller coaster. Bila Heo Chi-hyun, abang tiri Joon-jae mula menjadi jahat. Orang yang pada asalnya baik, tapi keadaan telah mendesak dia menjadi jahat. Sebenarnya saya agak simpati dengan dia.

Satu lagi watak yang membuat kita tertanya-tanya, Jo Nam-doo.  Ingatkan dia akan menjadi pembelot, tapi rupa-rupanya bukan. Rasa terharu sangat-sangat dengan pilihan dia. Minta maaf kerana salah faham pada dia. Tak sangka, dunia ini masih ada setia kawan dan tidak mahukan $$$.

Updated:

Tajuk: Drama Korea The Legend of Blue Sea
Episod: 20 + 1 Special
Sarikata : Bahasa Inggeris
Format: DVD
Harga: RM12
Email: hyunasong17@gmail.com

Saturday, February 18, 2017

3 orang anak 3 jenis perangai

Bab makan:
(Kredit Google)


Nasi
sawbebe - Boleh laaa
Ilyas - Tak suka
Hana - Suka

Mee
sawbebe - Suka
Ilyas - Tak suka
Hana - Boleh laaa

Roti
sawbebe - Boleh laaa
Ilyas - Suka
Hana - Tak suka

Ayam
sawbebe - Tak suka
Ilyas - Suka
Hana - Boleh laaa

Seafood
sawbebe- Suka
Ilyas - Tak suka
Hana - Boleh laaa

Daging
sawbebe - Boleh laaa
Ilyas - Boleh laaa
Hana - Boleh laaa

Sup
sawbebe - Suka
Ilyas - Tak suka
Hana - Suka

Bubur
sawbebe - Suka
Ilyas - Boleh laa
Hana - Tak suka

Kacang
sawbebe - Boleh laaa
Ilyas - Tak suka
Hana - Suka

Roti Canai
sawbebe - Tak suka
Ilyas - Suka
Hana - Tak suka

Sushi
sawbebe - Suka
Ilyas - Tak suka
Hana - Tak suka

Pizza
sawbebe - Boleh laa
Ilyas - Suka
Hana - Boleh laa

Buah-buahan
sawbebe - Suka
Ilyas - Tak suka
Hana - Suka

Sayur-sayuran
Tiga-tiga orang tak suka

Friday, February 17, 2017

Ikan Siakap Masam Manis Yang Sedap Dan Senang Dimasak versi SawSawlady

Saya tak suka yang rumit.
Kalau ada perencah lagi bagus. Hahahaha.

Sebab itulah masam manis versi saya
guna sos tomato dan sos cili saja!!




Ikan Siakap Masam Manis versi SawSawlady

Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap (sederhana besar)
1 ulas bawang putih (dicincang)
1 biji bawang merah (dicincang)
1 biji bawang Holland (Potong kasar)
4-5 sudu makan sos tomato
2-3 sudu makan sos cili
1/2 cawan air
Gula, garam (cukup rasa)

 Aksekori:
1/2 tin kecil nenas
1/2 batang timun Jepun
1 biji tomato
1 biji Capsicum


Cara-cara memasak:
1. Goreng ikan sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
2. Masukkan sedikit mintak. Tumis bawang merah bawang putih sehingga garing. Masukkan bawang Holland, masak sehingga layu.
3. Masukkan sos dan air.
4. Masukkan bahan-bahan aksekori.
5. Then, masukkan gula dan garam sebagai perasa.
6. Kuah dituangkan ke atas ikan yang telah digoreng.
7. Siap.






Thursday, February 16, 2017

[Drama Korea] Love in The Moonlight - Fesyen Hanbok Putera Mahkota




in the 🌙light (Love in the Moonlight) atau 🌙light Drawn by (Moonlight Drawn by Cloud)
Drama Korea 2016 ini saya maraton semasa saya dalam cuti sakit Januari hari tu...
Senyuman Park Bo-gum...omg (✪◡◡✪)


Park Bo-gum sesuai berlakon watak orang dulu-dulu yang pakai Hanbok...Kacak sangat bila dia pakai Hanbok. Boleh dikatakan setiap episod Seja Park Bo-gum akan pakai Hanbok yang baru yang lawa-lawa...


1. Hanbok rasmi Putera mahkota Lee Yeong

Versi runsing dengan masalah negara


 Versi ceria


Versi minta penampar


2. Hanbok biru muda. Pertama kali putera mahkota berjumpa dengan Hong Ra-on.





3. Hanbok merah semasa menyamar sebagai pengawal istana





4. Hanbok hijau menyamar sebagai sida





5. Hanbuk kelabu








6. Hanbok untuk aktiviti memanah



7. Hanbok kasual




8. Baju renang?!



9. Hanbok playboy




10. Hanbok untuk poster dan pesta bulan




11. Hanbok melawat penjara




12. Hanbok maroon semasa selamatkan heroin





13. Hanbok semasa berteduh hujan





14. Hanbok terserempak dengan heroin no.2 dan pembunuh hendap




15. Hanbok putera mahkota membaca di taman





16.  Baju tidur


17.  Hanbok pink




18.  Hanbok yang tidak berapa cantik



19.  Hanbok yang putera mahkota pakai semasa heroin berjumpa semula dengan emaknya.




20.  Hanbok putera mahkota cedera parah





21. Hanbok kahwin



22. Hanbok menjadi raja



23. Hanbok happy ending



Kim Yoo-jung berlakon sebagai Hong Ra-on...Suka sangat semasa dia berlakon sebagai Heo Yeon-woo (remaja) dalam Moon Embracing the Sun.



 Hong Ra-on versi perempuan. Dia memang perempuan pun, cuma dia menyamar menjadi lelaki.



Bagi saya laaa, dia terlalu cantik untuk menyamar sebagai lelaki...Sekali pandang saja sudah tau dia perempuan yang menyamar sebagai lelaki. Sepatutnya mereka kena cari heroin yang tomboy sikit...Itu pandangan saya sajalah...


(Semua gambar kredit kepada 
Google, 
Eukbear Drama, 
ptt.cc/bbs/ParkBoGum/M.1476033878.A.E77)