Friday, February 17, 2017

Ikan Siakap Masam Manis Yang Sedap Dan Senang Dimasak versi SawSawlady

Saya tak suka yang rumit.
Kalau ada perencah lagi bagus. Hahahaha.

Sebab itulah masam manis versi saya
guna sos tomato dan sos cili saja!!




Ikan Siakap Masam Manis versi SawSawlady

Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap (sederhana besar)
1 ulas bawang putih (dicincang)
1 biji bawang merah (dicincang)
1 biji bawang Holland (Potong kasar)
4-5 sudu makan sos tomato
2-3 sudu makan sos cili
1/2 cawan air
Gula, garam (cukup rasa)

 Aksekori:
1/2 tin kecil nenas
1/2 batang timun Jepun
1 biji tomato
1 biji Capsicum


Cara-cara memasak:
1. Goreng ikan sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
2. Masukkan sedikit mintak. Tumis bawang merah bawang putih sehingga garing. Masukkan bawang Holland, masak sehingga layu.
3. Masukkan sos dan air.
4. Masukkan bahan-bahan aksekori.
5. Then, masukkan gula dan garam sebagai perasa.
6. Kuah dituangkan ke atas ikan yang telah digoreng.
7. Siap.






No comments:

Post a Comment