Tuesday, February 7, 2017

Rendang Daging Noxxa











RENDANG DAGING NOXXA

Bahan-bahan :
300gm daging lembu, dipotong kecil2
Air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Kerisik secukupnya
2 helai daun kunyit, dihiris
Air secukupnya untuk HP

Bahan kisar:
5 biji bawang merah
5 biji bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
5 batang serai
1 inci kunyit hidup
3 biji buah keras
10 tangkai cili kering, direndam dalam air dahulu
Air secukupnya utk mengisar

Cara-cara:
1. Setting mode STIR. Panaskan minyak dan tumis semua bahan kisar.
2. Masukkan daging.
3. Setting Mode HP 10 kali. Tutup penutup. Tombol pusing ke PRESSURE. Masak sehingga daging lembut.
4. Selepas masa tamat, lepaskan wap then penutup baru boleh buka. Setting Mode STIR sekali lagi. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Terus kacau dan biar hingga kuah pekat.
5. Masukkan kerisik dan kacau rata. Masak hingga agak garing.


No comments:

Post a Comment