Monday, February 27, 2017

The Legend of Blue Sea 藍色海洋的傳說



Saya kejar sampai episod 8, then tiba-tiba tak ada keinginan nak kejar lagi, Lee Min-ho begitu kacak, Jun Ji-hyun tetap begitu cantik dan kelakar tapi saya berhenti di episod 8. Bagi saya,  Lee Min-ho "tenggelam"di sebelah Jun Ji-hyun. Tak macam My Love From Star, hero Do Min-joo begitu terserlah. Then saya menonton Love in the Moonlight dan Goblin. Kemudian barulah saya sambung balik The Legend of Blue Sea.
Bila sampai episod 15, saya sudah tak boleh tahan 1 hari 1 episod...Episod yang belakang ini seperti naik Roller coaster. Bila Heo Chi-hyun, abang tiri Joon-jae mula menjadi jahat. Orang yang pada asalnya baik, tapi keadaan telah mendesak dia menjadi jahat. Sebenarnya saya agak simpati dengan dia.

Satu lagi watak yang membuat kita tertanya-tanya, Jo Nam-doo.  Ingatkan dia akan menjadi pembelot, tapi rupa-rupanya bukan. Rasa terharu sangat-sangat dengan pilihan dia. Minta maaf kerana salah faham pada dia. Tak sangka, dunia ini masih ada setia kawan dan tidak mahukan $$$.

Updated:

Tajuk: Drama Korea The Legend of Blue Sea
Episod: 20 + 1 Special
Sarikata : Bahasa Inggeris
Format: DVD
Harga: RM12
Email: hyunasong17@gmail.com

No comments:

Post a Comment