Friday, March 31, 2017

Semakan Permohonan Pendaftaran Untuk Kemasukan Murid Tahun Satu Sesi Persekolahan 2017 Dan 2018

Tahun lepas,
saya sudah buat permohonan di SPS- Sistem Pengurusan Sekolah.

So awal bulan March tahun ini,
saya buat semakan.

Lepas log in (daftar masuk)
klik Tahun 1 --> klik Pendaftaran/Penyemakan --> Semak permohonan



(Maaf, tidak dapat dicetak, mohon kemaskini semula permohonan untuk mengemaskini maklumat kesihatan murid)

Kalau tak silap,
semasa membuat permohonan online 2016, tak payah isi butiran kesihatan murid!


Nak klik kemas kini, tak ada pula butang nak kemas kini.
Then, how?
Cemas kan?!
 Of course laaa, saya pula jenis kiasu punya...hehehehe

Terpaksa sini tanya, sana tanya mak bapa yang anak masuk darjah satu tahun depan.
(Sebenarnya tanya seorang mak budak saja, mak budak itu suruh saya pergi sekolah tersebut check)

Hal-hal berdepan dengan orang,
kita kena serahkan kepada sawsomi untuk uruskan.

Tangguh sawsomi pergi Koh Samui!
Tangguh mak saya datang!
Tangguh cuti sekolah!

Akhirnnya semalam (30 March 2017),
sawsomi pergi ke sekolah untuk check nama Ilyas ada di sekolah tersebut tak?!

Check punya check,
nama Ilyas ada.
Syukur!!

Tapi,
Ogos nanti kena fotostate buku biru (yang pi check up kat klinik kesihatan itu) kepada pihak sekolah untuk melengkapkan maklumat pendaftaran.

 Tadi (31 March 2017),
saya log in untuk buat semakan (sebab nak tulis dalam blog)

 Eh?!
Tarikh kemaskini 30 March 2017 dan TELAH DISEMAK SEKOLAH
 Adakah sebab semalam sawsomi pergi ke sekolah?

Eh?
Dah tak ada statement merah lagi!!

So,
kita tunggu Ogos ini pula!!