Wednesday, May 31, 2017

Strong Woman Do Bong-soon


Selepas habis menonton Weightlifting Fairy Kim Bok-joo,
saya terus menonton Strong Woman Do Bong-soon,
Tapi lepas menonton 2 episod, saya terhenti. Then sambung balik.
Sampai episod 15 (episod kemuncak) saya terhenti lagi.
Saya menonton Another Miss Oh (Another Oh Hae-young), sekaligus saya menonton 4 episod...

Akhirnya saya gagahkan diri untuk habiskan Strong Woman Do Bong-soon episod 15 & 16.

Sebenarnya agak kecewa dengan jalan cerita Strong Woman Do Bong-soon. Mula-mula menarik, tapi belakang dah entah apa-apa...


Tentang heroin Park Bo-young, lakonan dia sangat hebat! Sebelum ini menonton drama Oh My Ghostess, memang tidak menafikan dia seorang pelakon yang pandai membawa watak. Kali ini dia juga berjaya membawakan watak Do Bong-soon.

Tentang hero Park Hyung-sik, alahai...comelnya!! CEO yang muda dan kacak! Jejaka idaman semua wanita di luar sana!!

Sebenarnya bukanlah tidak best drama ini, cuma part-part gengster, penyiasatan, jenayah, buli terlalu banyak...Tengah syiok-syiok dok tengok Ahn Min-hyuk membuat lawak, tiba-tiba scene alih ke part gengster...meng-annoying-kan!!

Kalau mahu menonton drama ini, jangan terlalu serius, kosongkan minda dan anda pasti akan enjoy the show!


No comments:

Post a Comment