Wednesday, July 26, 2017

Rendang Daging NOXXA

Dah habis Syawal baru masak rendang...Sebelum ini saya masak rendang tak ada santan, kali ini cuba rendang yang ada santan... TQ resipi kak Azie Kitchen yang memang sedap gila





Resepi Rendang Daging NOXXA

Bahan bahan
1 kg daging
3 cawan cili kisar - guna 6 sudu besar
1 kg santan pekat
4 sudu makan kerisik - guna 1 1/2 pek
2-4 helai daun kunyit-carik
Garam, asam jawa dan gula

Bahan A
8 biji bawang merah - tambah 1 biji bawang besar sedang
5 ulas bawang putih
2 inci halia

Bahan B
2 inci lengkuas muda
7 batang serai - hiris
2 sudu makan ketumbar (rata) - sangai wangi
1 sudu makan jintan manis - sangai
1 sudu makan jintan putih - sangai


Cara memasak menggunakan periuk Noxxa:
1. Tekan butang stir fry dan masukkan minyak.
2. Bila sudah panas masukkan bahan A. Kacau hingga ringan.
3. Masukkan cili kisar dan masak hingga pecah minyak.
4. Masukkan bahan B dan kacau hingga wangi.
5. Off kan butang stir fry. Masukkan daging, santan, kerisik dan daun kunyit. Untuk sekilo daging santan pekat lebih kurang 1/2 bahagian periuk dan jangan terlalu kurang cecair (santan) untuk mengelakkan bahagian bawah dasar periuk berkerak. Gaul rata.
6. Tutup periuk dan tekan butang high pressure selama 30-40 minit.[saya buat 30 minit saja sebab daging saya tak cukup 1kg]
7. Bila sudah cukup masa keluarkan angin dari periuk dan buka tutup periuk.
8. Tekan butang stir fry untuk mengeringkan rendang. Masukkan air asam jawa, garam dan gula. Suaikan rasa ikut selera. Kacau kacau selalu dan masak hingga kering.
9. Cara lain untuk mengeringkan rendang ialah aku alihkan rendang dari periuk PC ke dalam kuali dan keringkan dalam kuali besar. Lebih mudah untuk mengacau hingga kering. [saya ikut cara ini sebab nak guna NOXXA untuk masak ketupat palas instant]




Rendang daging NOXXA
 

Friday, July 7, 2017

Nasi Impit NOXXA



15 biji nasi impit mini
Air menutupi nasi impit
HP 25


Nasi impit dimakan dengan kuah lodeh

Wednesday, July 5, 2017

Tailor Oh Tailor


Amaran Entry membebel!!

Belakang contoh, depan baru!


Apa perasaan u all
kalau nampak baju baru serupa ini?

Bukan saja baju Hana yang lingkup,
dengan jubah sawbebe pun hancur.

Contoh jubah ada zip sorok kat belakang,
akak tailor tak buat zip.
Sudah pesan lipatan kat bahagian bawah dan lengan lipat banyak,
sebab budak-budak cepat tinggi so boleh buka lipatan.
Sekali tengok lipatan 1 cm saja.
Lipatan baju contoh lagi banyak dari baju baru!!

Ikutkan hati mau call tailor itu saja!

Tapi disebabkan hati sedang panas,
kalau call memang keluar perkataan yang tidak enak di bulan Ramadhan.

Lepas itu,
saya mesej kat dia gambar di atas.

Then,
dia ada call saya 2 kali
tapi saya tidak percaya kat diri sendiri boleh cakap elok-elok dengan dia,

So,
saya hanya membebel dengan sawsomi saja.

Cadangan sawsomi,
sedekahkan baju itu kepada mana-mana budak yang boleh pakai.

Closed case!!

Tapi,
hati saya masih tidak puas hati.
Ye laaa
upah sudah bayar
tapi jahit macam tak guna otak!

Balik Sepang hari itu,
bawa baju Hana dan jubah sawbebe!
Pesan kat Angelina Sarah bagi kat kakak tailor itu
pandai-pandailah dia nak alter baju Hana dan jubah sawbebe!

Semalam kakak tailor itu call,
suruh dia tambah 1 lapisan dari dalam di bahagian bawah
dia cakap dia tak faham,
then saya pun send gambar yang saya snap gambar jubah budak yang saya nampak masa raya.
dia masih tak faham.



Kesimpulannya...
akak,
Jubah ini cutting A,
akak tak ikut baju contoh buat zip sorok kat belakang,
macam mana anak saya nak sarung baju ni.
Sekarang jubah ini pun senteng,
nak panjangkan pun tak boleh sebab akak tak lipat banyak.
[Nak buat zip ke?]
πŸ˜“πŸ˜“πŸ˜“
(Apa maksud awak akak?)
Kalau akak tak tau buat zip sorok, akak kena buat zip biasa.
[Akak call lagi kalau akak tak faham]
Macam nilah akak,
kalau akak tak boleh nak buat,
akak bagi saja baju ni kat mana-mana budak yang boleh pakai baju ini.
[nanti akak gantikan kain]
Ok.Bye akak.

Raya ni...
Minta maaf pun tak ada.

Mungkin masalah saya kot,
tak tau nak cakap,
sampai orang tak faham apa yang saya cakap.
Snap gambar pun tak pandai snap,
sampai dah bagi gambar pun orang tak faham!

Sekarang saya pula yang nampak cerewet!!
Syabas!
Tahniah!
Anda memang hebat!!

Resepi Pajeri Nenas NOXXA versi sawsawlady

Tiba-tiba teringin makan pajeri nenas,
cepat-cepat google resepi.

Terjumpa 2 resepi,
satu resepi dari Azie Kitchen
dan
satu resepi lagi dari iresipi Che' Nom



Resepi Pajeri Nenas Noxxa versi sawsawlady
Resepi Asal : Che' Nom
Edit: sawsawlady

Bahan-Bahan:
1 biji nenas, saiz kecil (perap dg sedikit gula) - petua ini dari kak Azie Kitchen
1 bungkus kecil sebuk kari ikan/daging
4 biji bawang merah, ditumbuk kasar
3 ulas bawang putih, ditumbuk kasar
1 sudu besar udang kering ATAU ikan bilis, ditumbuk kasar (saya guna udang kering)
2 sudu besar kerisik
2 cawan santan pekat
1 inci halia, hiris nipis
1 senduk minyak
Gula dan garam secukup rasa

Bahan untuk rempah tumis:
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1 sudu teh halba campur

Cara Penyediaan:
1. Kupas kulit nenas dan potong anggran tebal 1.5cm setiap hirisan.
2. Masak air sehingga mendidih dan rebus nenas seketika (4-5 minit) supaya masam dari nenas dapat dikurangkan. Angkat dan toskan. (saya terlupa step ini...hahaha)
3. Set mode STIR FRY, panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, halia dan rempah tumis. Kacau sehingga kekuningan dan naik bau. Masukkan serbuk kari yang dibancuh dengan air dan masak sehingga pecah minyak.
4. Masukkan udang kering dan kacau seketika. Masukkan sedikit air jika rempah terlalu kering untuk elakkan dari cepat hangus.
5. Masukkan nenas, masak sehingga nenas lembut.
6. Masukkan pati santan, kerisik, garam dan gula secukup rasa.
7. Masak sehingga kuah menjadi pekat.


Tips
Lebihkan gula kerana pajeri lebih sedap jika manis.


 Saya perap nenas dengan gula...
Mungkin nenas yang saya beli tak manis jadi pajeri nenas saya tak berapa manis.
atau 
mungkin saya perap terlalu sekejap?
Saya pun tidak tahu
hahahaha

P.S. 1:  next time saya akan try rebus nenas sekejap!
P.S.2: next time saya akan beli nenas madu!

 Masukkan serbuk kari ayam yang dibancuh dengan air selepas bawang merah, bawang putih, halia dan rempah tumis kekuningan dan naik bau.

 Masukkan udang kering yang ditumbuk kasar

 Masukkan nenas dan masak sehingga nenas lembut

 Masukkan santan

Pajeri Nenas NOXXA versi sawsawlady

Pajeri nenas untuk buka puasa

Tuesday, July 4, 2017

Cara Mengetahui Berapa Ulas Isi Manggis

Orang lain mungkin sudah tau,
tapi saya baru tau!


Caranya sangat senang saja
kalau nak tahu bilangan ulas isi manggis,
tengok tampuk di bahagian bawah yang berbentuk bunga.

5 kelopak ada 5 ulas isi
6 kelopak ada 6 ulas isi
7 kelopak ada 7 ulas isi

Semalam saya telah buat eksperimen dan buah ini memang sangat jujur!