Wednesday, July 26, 2017

Rendang Daging NOXXA

Dah habis Syawal baru masak rendang...Sebelum ini saya masak rendang tak ada santan, kali ini cuba rendang yang ada santan... TQ resipi kak Azie Kitchen yang memang sedap gila





Resepi Rendang Daging NOXXA

Bahan bahan
1 kg daging
3 cawan cili kisar - guna 6 sudu besar
1 kg santan pekat
4 sudu makan kerisik - guna 1 1/2 pek
2-4 helai daun kunyit-carik
Garam, asam jawa dan gula

Bahan A
8 biji bawang merah - tambah 1 biji bawang besar sedang
5 ulas bawang putih
2 inci halia

Bahan B
2 inci lengkuas muda
7 batang serai - hiris
2 sudu makan ketumbar (rata) - sangai wangi
1 sudu makan jintan manis - sangai
1 sudu makan jintan putih - sangai


Cara memasak menggunakan periuk Noxxa:
1. Tekan butang stir fry dan masukkan minyak.
2. Bila sudah panas masukkan bahan A. Kacau hingga ringan.
3. Masukkan cili kisar dan masak hingga pecah minyak.
4. Masukkan bahan B dan kacau hingga wangi.
5. Off kan butang stir fry. Masukkan daging, santan, kerisik dan daun kunyit. Untuk sekilo daging santan pekat lebih kurang 1/2 bahagian periuk dan jangan terlalu kurang cecair (santan) untuk mengelakkan bahagian bawah dasar periuk berkerak. Gaul rata.
6. Tutup periuk dan tekan butang high pressure selama 30-40 minit.[saya buat 30 minit saja sebab daging saya tak cukup 1kg]
7. Bila sudah cukup masa keluarkan angin dari periuk dan buka tutup periuk.
8. Tekan butang stir fry untuk mengeringkan rendang. Masukkan air asam jawa, garam dan gula. Suaikan rasa ikut selera. Kacau kacau selalu dan masak hingga kering.
9. Cara lain untuk mengeringkan rendang ialah aku alihkan rendang dari periuk PC ke dalam kuali dan keringkan dalam kuali besar. Lebih mudah untuk mengacau hingga kering. [saya ikut cara ini sebab nak guna NOXXA untuk masak ketupat palas instant]




Rendang daging NOXXA
 

No comments:

Post a Comment