Thursday, August 3, 2017

Tonton Three Lives Three Worlds, Ten Miles of Peach Blossoms [China]


Baru-baru ini,
saya maraton drama China
Three Lives Three Worlds, Ten Miles of Peach Blossoms




Drama China yang ada racun,
terkena racun kalau tak tonton...
Semuanya salah adik saya,
dia yang suruh saya tonton...
sekarang saya sudah terkena racun Ye Hua πŸ’˜
(Thank you Hui San I 😘 you)

Saya beli pendrive dengan Hyunasong (Carousell),
pendrive brand Sandisk 32GB,
RM52 termasuk postage.
Video HD yang sangat clear,
boleh cucuk kat TV.



Sinopsis Three Lives Three Worlds, Ten Miles of Peach Blossoms:

Secara ringkasnya,
heroin telah menyamar sebagai lelaki dengan nama SI YIN untuk berguru dengan MO YUAN di Kun Lun. Tapi selepas Mo Yuan mati, Si Yin telah bawa lari mayat gurunya balik ke Qing Qiu. So time ini, dia menggunakan identiti sebenarnya BAI QIAN, anak bongsu Raja Musang. Tidak ada orang yang kenal yang dia sebenarnya Si Yin. Masa dia berlawan dengan orang jahat QING CANG, si Qing Cang itu telah pukul Bai Qian ke dunia manusia menjadi orang biasa yang bernama Su Su pula.

Su Su telah berjumpa dengan YE HUA, tengku mahkota Nine Heavens yang cedera berlawan dengan orang jahat dan bertukar menjadi anak naga hitam. Su Su telah merawat anak naga itu. Untuk membalas budi Su Su, Ye Hua telah menjadi Zhao Ge dan berkahwin dengan Su Su. Ye Hua rancang berpura-pura mati supaya dapat hidup bersama-sama dengan Su Su di dunia. Tapi malangnya, rancangan dia gagal dan Su Su telah dibawa ke Nine Heavens. Su Su telah mengandungkan anak Ye Hua tapi dia tidak diterima untuk menjadi bini Ye Hua. Di langit ini, terdapat SU JIN yang cintakan Ye Hua dan sanggup lakukan apa-apa saja untuk dapat cinta Ye Hua. Macam-macam dia buat sampai mata sendiri pun dibutakan. Ye Hua terpaksa mengambil mata Su Su dan berikan kepada Su Jin. Selepas melahirkan anak, Su Su yang sudah kecewa dengan Ye Hua telah terjun dari Pentas Zhu Xian dan kembali ke Qing Qiu.

Time ini, ibubapa Bai Qian dan datuk Ye Hua telah membuat ikatan perkahwinan ke atas Bai Qian dan Ye Hua. Then, Ye Hua berjumpa semula dengan Bai Qian yang telah hilang ingatan apa yang berlaku di dunia. Ye Hua telah mengurat dia dan akhirnya dia ingat semula...

Saya tak mau spoiler ending...U all tengoklah sendiri...

No comments:

Post a Comment