Thursday, March 15, 2018

CARA ELAKKAN TERLUPA ANAK DI DALAM KERETA



Masih lagi sedih dengan berita semalam baby girl 2 tahun yang mati selepas 4 jam ditinggalkan maknya dalam kereta. Sedih sebab kita pun seorang mak yang ada anak. Kita pun bukan perfect. So harap insiden ini dijadikan pengajaran buat kita semua.

Mari lihat tips-tips yang dikongsikan oleh Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan di Facebook beliau.

1. Jangan letak kerusi kanak-kanak di belakang kerusi pemandu. Di situ adalah titik buta (blindspot). Letak di bahagian belakang tempat duduk penumpang agar ia berada dalam ruang pandangan.

2. Sentiasa jadikan amalan untuk memeriksa dalam kabin (termasuk tempat duduk penumpang hadapan dan tempat duduk belakang) sebelum mengunci kenderaan anda. Mulakan amalan ini mulai sekarang.

3. Letak patung permainan di kerusi kanak-kanak. Apabila letak anak di dalam kerusi itu, pindahkan patung tersebut di tempat duduk penumpang hadapan. Pilih patung yang besar dan berwarna terang. Patung itu peringatan bahawa anak anda dibelakang.

4. Jika anda ada membawa beg susu anak anda bersama, sentiasa letak beg itu di bahagian hadapan. Konsepnya sama seperti tip ke-3. Ia peringatan bahawa anak anda ada di kerusi kanak-kanak di tempat duduk belakang.

5. Letakkan barang yang penting di belakang, bersama anak anda. Contoh: beg kerja, kunci pejabat, tag kerja, atau sebelah kasut anda di ruangan kaki di belakang. Nota: tidak digalakkan memandu tidak berkasut.

6. Letakkan tag/label pada pemegang pintu sebelah pemandu di bahagian luar, yang menandakan anak anda di dalam kereta. Label ini boleh dibeli atau dibuat sendiri menggunakan barangan di rumah. Contoh seperti dalam gambar di bawah.

7. Pesan kepada pihak sekolah atau pengasuh agar menelefon anda jika anak anda tidak tiba ke sekolah atau di rumah asuhan pada masanya. Boleh juga pesan pasangan anda untuk mengingatkan anda, terutamanya jika ada bertukar rutin menghantar anak.

8. Guna peranti(device) atau aplikasi telefon untuk mengingatkan anda bahawa anak anda di dalam kereta. Contohnya: ChildMinder SoftClip atau aplikasi Kars 4 Kids Safety . Nota: harganya tidak murah dan aplikasi memerlukan kereta mempunyai fungsi Bluetooth.

9. Bagi yg selalu guna aplikasi navigasi Waze, boleh pilih untuk hidupkan aturan Child Reminder ( Settings>Advanced Settings>General>Child Reminder). Waze akan mengingatkan anda sejurus sampai destinasi.

Semoga Allah menjaga dan melindungi anak-anak kita dari sebarang kebahayaan.

Tuesday, February 27, 2018

Resipi Kari Ayam Yang Sedap Dan Senang Dimasak


Siapa yang kenal saya pasti tahu rahsia saya 'masak kari ayam
Inilah 'RESIPI RAHSIA' saya!

Semalam Ilyas Saw nak makan kari!
Ohya, dia baru belajar makan kari,
so dia request nak makan nasi dengan kari.

Balik ke topik Ilyas nak makan kari,
tapi 'resipi rahsia' saya sudah kehabisan stok!

So,
saya terpaksa Google resipi KARI AYAM


Seperti biasa,
resipi AZIE KITCHEN yang akan saya tiru!



Kari Ayam Yang Sedap Dan Senang Dimasak
Sumber: Azie Kitchen

Bahan bahan:
12 ketul ayam (saya bubuh half)
2 biji kentang - potong 4
1 1/2 labu bawang besar saiz besar - hiris (1 biji kecil)
6 ulas bawang putih - hiris (3 ulas)
3 inci halia - hiris (saya tak bubuh)
1 asam keping
1 kotak santan kotak
Air secukupnya
10 sudu besar rempah kari Babas - extra chilis (5 sudu)
Kayu manis, bunga lawang, buah pelaga (saya bubuh 1 kayu manis dan 1 bunga lawang)
1 pelepah daun kari
Gula
Garam secukupnya

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis rempah penumis bersama bawang putih, bawang merah dan halia sehingga kekuningan.

 Kemudian masukkan rempah kari dan kacau seketika sebelum dimasukkan air supaya rempah cair. Terus masak dengan menggunakan api perlahan sambil terus dikacau sehingga rempah sedikit garing dan terbit minyak. Kemudian masukkan daun kari dan kentang.

Lepas itu, masukkan pula ayam dan masak sehingga ayam kecut sebelum tambah sedikit lagi air dan biarkan mendidih.

Masukkan pula santan. Terus masak dengan api perlahan. Setelah kentang empuk, masukkan asam keping, gula dan garam. Renihkan sehingga pecah minyak. Sesuaikan kepekatan kuah yang disukai. Jika terlebih pekat, tambah air panas dan masak lagi.




Tuesday, February 6, 2018

Homemade Roti Sangkaya


Resipi Sangkaya
(Sumber: MAHN)


Bahan bahan:
1. Daun pandan
2. 150ml santan (Saya guna 100ml)
3. 100ml susu cair
4. 3 biji kuning telur sahaja (Saya guna 2 biji telur, putih pun masuk sekali)
5. 1/2 cawan gula ( 10 sudu )
6. 1 sudu besar tepung jagung
7. Garam ( terlupa letak)
8. Roti

Cara cara:
1. Blend daun pandan bersama santan sehingga teksturnya cantik, kemudian tapis.
2. Di mangkuk yang lain: pukul telur, tepung jagung, gula, garam sehingga sebati kemudian masukkan santan daun pandan yang telah ditapis sedikit demi sedikit.
3. Panas kan dan kacau jgn berhenti (sbb nnt dia berketul) sehingga sangkaya custard menjadi likat.
4. Boleh cicah terus dengan roti atau steam sekejap roti supaya roti menjadi lembut dan gebu.


 Blend daun pandan bersama santan sehingga teksturnya cantik


 Pukul telur, tepung jagung, gula, garam sehingga sebati


 kemudian masukkan santan daun pandan yang telah ditapis sedikit demi sedikit.


 Panas kan dan kacau jgn berhenti (sbb nnt dia berketul) sehingga sangkaya custard menjadi likat dan inilah hasilnya

 Letakkan susu cair dalam sangkaya


Hidangkan bersama roti kukus






Tuesday, January 2, 2018

Ilyas Saw Darjah Satu

Hi!
Selamat tahun baru 2018!
Semoga tahun ini lebih baik dari tahun lepas.
Tahun lepas pun baik [syukur Alamdulillah],
tapi kalau boleh tahun ini upgrade laaa sikit. [Amin]
Betul tak?

2018,
Ilyas Saw darjah satu!
Tidak sangka anak yang super manja ini dah masuk sekolah rendah!





Sama sekolah dengan sawbebe.
Tapi sawbebe tidak dapat nak jaga dia sebab waktu rehat dan waktu balik tak sama masa!
So, kena berdikarilah Ilyas Saw!!!