Tuesday, February 27, 2018

Resipi Kari Ayam Yang Sedap Dan Senang Dimasak


Siapa yang kenal saya pasti tahu rahsia saya 'masak kari ayam
Inilah 'RESIPI RAHSIA' saya!

Semalam Ilyas Saw nak makan kari!
Ohya, dia baru belajar makan kari,
so dia request nak makan nasi dengan kari.

Balik ke topik Ilyas nak makan kari,
tapi 'resipi rahsia' saya sudah kehabisan stok!

So,
saya terpaksa Google resipi KARI AYAM


Seperti biasa,
resipi AZIE KITCHEN yang akan saya tiru!



Kari Ayam Yang Sedap Dan Senang Dimasak
Sumber: Azie Kitchen

Bahan bahan:
12 ketul ayam (saya bubuh half)
2 biji kentang - potong 4
1 1/2 labu bawang besar saiz besar - hiris (1 biji kecil)
6 ulas bawang putih - hiris (3 ulas)
3 inci halia - hiris (saya tak bubuh)
1 asam keping
1 kotak santan kotak
Air secukupnya
10 sudu besar rempah kari Babas - extra chilis (5 sudu)
Kayu manis, bunga lawang, buah pelaga (saya bubuh 1 kayu manis dan 1 bunga lawang)
1 pelepah daun kari
Gula
Garam secukupnya

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis rempah penumis bersama bawang putih, bawang merah dan halia sehingga kekuningan.

 Kemudian masukkan rempah kari dan kacau seketika sebelum dimasukkan air supaya rempah cair. Terus masak dengan menggunakan api perlahan sambil terus dikacau sehingga rempah sedikit garing dan terbit minyak. Kemudian masukkan daun kari dan kentang.

Lepas itu, masukkan pula ayam dan masak sehingga ayam kecut sebelum tambah sedikit lagi air dan biarkan mendidih.

Masukkan pula santan. Terus masak dengan api perlahan. Setelah kentang empuk, masukkan asam keping, gula dan garam. Renihkan sehingga pecah minyak. Sesuaikan kepekatan kuah yang disukai. Jika terlebih pekat, tambah air panas dan masak lagi.




Tuesday, February 6, 2018

Homemade Roti Sangkaya


Resipi Sangkaya
(Sumber: MAHN)


Bahan bahan:
1. Daun pandan
2. 150ml santan (Saya guna 100ml)
3. 100ml susu cair
4. 3 biji kuning telur sahaja (Saya guna 2 biji telur, putih pun masuk sekali)
5. 1/2 cawan gula ( 10 sudu )
6. 1 sudu besar tepung jagung
7. Garam ( terlupa letak)
8. Roti

Cara cara:
1. Blend daun pandan bersama santan sehingga teksturnya cantik, kemudian tapis.
2. Di mangkuk yang lain: pukul telur, tepung jagung, gula, garam sehingga sebati kemudian masukkan santan daun pandan yang telah ditapis sedikit demi sedikit.
3. Panas kan dan kacau jgn berhenti (sbb nnt dia berketul) sehingga sangkaya custard menjadi likat.
4. Boleh cicah terus dengan roti atau steam sekejap roti supaya roti menjadi lembut dan gebu.


 Blend daun pandan bersama santan sehingga teksturnya cantik


 Pukul telur, tepung jagung, gula, garam sehingga sebati


 kemudian masukkan santan daun pandan yang telah ditapis sedikit demi sedikit.


 Panas kan dan kacau jgn berhenti (sbb nnt dia berketul) sehingga sangkaya custard menjadi likat dan inilah hasilnya

 Letakkan susu cair dalam sangkaya


Hidangkan bersama roti kukus