Monday, May 18, 2020

Sagu Mangga Santan


Sekarang musim buah mangga, mangga ada Di mana mana saja.


Saya pula terlebih beli mangga. Mangga dah masak dan lembik. Maka, terhasillah Sagu Mangga Santan untuk berbuka puasa.

Saya rujuk banyak resepi untuk buat dessert ni. Saya kena cepat cepat tulis sementara masih ingat resepi mix and match ni.

Sagu Mangga Santan

Bahan-bahan:

2 biji puri mangga sederhana
80g sagu
150ml santan
700ml air
8-10 sb gula
10 biji gula Batu (yg kecil kecil)

Cara-cara:
1. Panaskan air dalam periuk untuk masak sagu. Tips untuk masak sagu cantik ada kat post sebelum ni.

2. Bila air dah didih, masukkan sagu. Saya  tak cuci atau rendam sagu.

3. Bila sagu dah masak, lalukan sagu di bawah air mengalir  dan ketepikan.

4. Dalam periuk lain, masukkan air 700ml dan santan, kacau sehingga sebati.  Lepas air dah panas, boleh masukkan gula. Bila dah didih, terus tutup api.

5. Tunggu air dah sejuk, baru masukkan puri mangga dan sagu dalam air santan. Sedap dihidang sejuk.




Sagu mangga santan ni tak terlalu cair atau pekat, tidak terlalu manis ataupun masam, just nice.



*Kalau nak cair lagi, boleh tambah susu cair.
* Kalau tak cukup manis, boleh tambah gula.
* Kalau nak pekat, tambah puri mangga.





No comments:

Post a Comment