Monday, May 18, 2020

Sagu Mangga Santan


Sekarang musim buah mangga, mangga ada Di mana mana saja.


Saya pula terlebih beli mangga. Mangga dah masak dan lembik. Maka, terhasillah Sagu Mangga Santan untuk berbuka puasa.

Saya rujuk banyak resepi untuk buat dessert ni. Saya kena cepat cepat tulis sementara masih ingat resepi mix and match ni.

Sagu Mangga Santan

Bahan-bahan:

2 biji puri mangga sederhana
80g sagu
150ml santan
700ml air
8-10 sb gula
10 biji gula Batu (yg kecil kecil)

Cara-cara:
1. Panaskan air dalam periuk untuk masak sagu. Tips untuk masak sagu cantik ada kat post sebelum ni.

2. Bila air dah didih, masukkan sagu. Saya  tak cuci atau rendam sagu.

3. Bila sagu dah masak, lalukan sagu di bawah air mengalir  dan ketepikan.

4. Dalam periuk lain, masukkan air 700ml dan santan, kacau sehingga sebati.  Lepas air dah panas, boleh masukkan gula. Bila dah didih, terus tutup api.

5. Tunggu air dah sejuk, baru masukkan puri mangga dan sagu dalam air santan. Sedap dihidang sejuk.




Sagu mangga santan ni tak terlalu cair atau pekat, tidak terlalu manis ataupun masam, just nice.



*Kalau nak cair lagi, boleh tambah susu cair.
* Kalau tak cukup manis, boleh tambah gula.
* Kalau nak pekat, tambah puri mangga.





Monday, April 13, 2020

Sagu / Puding Kastard Berkuah Versi SawSawLady



SawSomi saya suka makan dessert/manisan/pencuci mulut. 
So, mula-mula saya derhaka pada resepi asal dengan tukar puding kastard ke sagu berkuah ala-ala sagu gula Melaka, cuma tak ada gula Melaka. 


Kali kedua, 
saya ikut resepi asal.
Tapi SawSomi lagi suka sagu. Ohya, lupa nak bagitau, kami berdua dan Hana memang pencinta sagu. 




RESEPI SAGU / PUDING KASTARD BERKUAH VERSI SAWSAWLADY
Sumber: cekvisionhomes


BAHAN-BAHAN A – PUDING KASTARD
1 cawan tepung kastard
1/2 sudu kecil garam
5 cawan air
2 - 3 sudu besar  susu pekat
2 - 3 sudu besar gula pasir


CARA-CARA PENYEDIAAN PUDING KASTARD
1.Masukkan tepung kastard kedalam periuk..campurkan garam...gaul sebati
2.Campurkan sume bahan2 cair....kacau sebati...
3.Tuangkan bahan2 cair kedalam periuk berisi campuran tepung kastard....kacau sebati....
4.Masak bahan2 kastard diatas api kecil...menggunakan senduk kayu...kacau selalu sehingga adunan kastard pekat berkilat...
5.Bila adunan kastard mula meletup2....matikan api...
6.Tuangkan adunan kastard dalam bekas yang bersesuaian....
7.Setelah siap acuan/bekas diisi...biarkan sejuk...sebelum dimasukkan kedalam fridge...

Nota Akak Cek:
-Aku menggunakan coklat mould...sebagai acuan utk puding kastard ni...sebelum digunakan...lalukan acuan dengan air...renjis2kan acuan...jgn dilap keringkan..biarkan ada sedikit2 air didalam acuan.....
-Masukkan adunan kastard kedalam piping bag...berhati2 ya..sebab adunan kastard masih panas....gunting sedikit dihujung piping bag.
-Picitkan adunan kastard dalam coklat mould...pastikan kitchen glove dipakai ketika proses ini dilakukan ....



BAHAN-BAHAN B – KUAH KASTARD
1 tin susu cair IDEAL
1 tin air...( sukat dengan tin susu cair IDEAL...)
4 sudu besar gula dan 4 sudu besar susu pekat...( rasa manis kuah terpulang pada citarasa memasing ya...sukatan susu pekat dan gula sekadar anggaran yang aku gunakan....)
1 biji kuning telur...( aku tak letak...)
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu besar tepung kastard ...( campur dan bancuhkan dengan sedikit susu cair @ air....)


CARA-CARA PENYEDIAAN KUAH KASTARD
1.Masukkan sume bahan kedalam periuk...
2.Masak kuah sehingga gula larut dan kuah agak pekat sedikit....siap dah ...tutupkan api....


BAHAN-BAHAN C – Hiasan Puding
Fruit Cocktail @ Nata De CoCo @ apa saje buah2an dalam tin yang disukai...
Letakkanlah bahan2 hiasan didalam puding yang dihidangkan bersama kuah kastard.. jika suka boleh juga dicampurkan dengan air jus buahan2 dalam tin yang digunakan....




Kalau buat SAGU punya, saya ikut tips akak ini, Nur Syaidatul Fazreen.

TIPS Masak Sagu Cantik
- pastikan air dah MENDIDIH baru masukkan sagu.
- jgn terlalu banyak kacau nanti pecah habis biji sagu tu adik kakak uiiii..
- air perlu Banyak. Biar cair xpe nanti mudah nk tapis. Mudah sagu nak kembang
- jika sagu anda masih ada warna putih di bahagian dalam sagu. Teruskan masak hingga sagu clear@ jernih sepernuhnya.
- 5-10minit waktu memasak bergantung ada kuantiti sagu. Kalau banyak lambat la skit.
- JANGAN cuci sagu sebelum masak. Nanti lepas masak, semua air rebusan sagu akan dibuang. Bilas la sagu anda. Cuci spuasnya. Jgn guna sanitizer sudah le... 
😂
- jgn RENDAM sagu nanti habis jadi bubur
- lepas letak warna biar 10 minit. Kalau x susu anda akan jadi hijau
😂